Jumaat, 16 Januari 2009
SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Hari ini saya menghadiri kursus Bengkel Membuat Blog di Pejabat JIM Ipoh. Pejabat JIM tersebut terletak bersebelahan dengan lot-lot kedai. Apa yang menjadi persoalan disini ialah persekitaran kawasan tersebut tidak ceria. Banyak kedai-kedai tidak beroperasi. Persekitaran kawasan tersebut juga banyak semak samun dan ada orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati. Secara tidak langsung ia memberi imej negatif kepada mereka-mereka yang tinggal di kawasan tersebut dan tidak terkecuali ahli-ahli JIM Ipoh. Persoalannya siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan